Monday, 29 March 2010

Rahsia & hikmah solat di awal waktu

بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di?kurniakan? syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.





dipetik dari www.iluvislam.com sebagai renungan bersama
 

Wednesday, 24 February 2010

A Reminder For Us

 Assalamu'alaikum everyone,

How's your day today? Hope we in a blessing day..

Just sharing you some good word from a muslim doctor.(Dr.Hasliza)

Even not from Al-Quran or Hadis, but still worth to share.

"Most people said: ' I'm not able to spread dakwah because I'm not a good person.' But rather than saying that, you need to take charge of this words "أصلحْ نفسك وادعُ غيرك" which means improve yourself and spread dakwah to others. Please tell me, when is your specific time and day that you will really be a good person? I doubt that before you able to reach the day that you plan, you already in a house where two poles on it. (which means grave)

p/s : I got this from 'Sharing Hadis & Ayat Quran' page in Facebook..Thanks to the person who translate those words and not forgetting, the owner Dr.Hasliza..May Allah always be with us in this land of dakwah...In syaa Allah..



Friday, 19 February 2010

THANKS TO ALL MY FRIENDS..

PERSAHABATAN adalah hadiah yang tidak ternilai,nilainya lebih tinggi dari segunung emas kerana itu berbahagialah kalau dikirimkan bukan emas, intan dan kekayaan tetapi kasih-sayang seorang sahabat yang sejati...







Tears you try so hard to hide
You hold it all inside
Pretend it doesn't matter
Why keep it yourself
When you got someone else
You know can make it better?


You try to be so strong
But I always know when something's wrong
See when you're feeling down


Hey, wasn't it you
Who's always been there for me?
Don't forget what we've been through together
Hey, isn't it true?
We promised to always be
Best friends forever, yeah


Words you don't need to say
The sad that's on your face
Isn't hard to see through
I've been there once or twice
It's you that made things right
My turn to be there for you


You try to be so strong
But I always know when something's wrong
See when you're feeling down


Hey, wasn't it you
Who's always been there for me?
Don't forget what we've been through together
Hey, isn't it true?
We promised to always be
Best friends forever


When the rain comes down
I'll be there
I will always be around
Just wanna be the one to catch you
When you fall


Hey, wasn't it you
Who's always been there for me?
Don't forget what we've been through together
Hey, isn't it true?
We promised to always be
 
 Best friends forever

http://www.simplyfaith.net/ 

 






Thursday, 4 February 2010

Tangisan Rasulluah Menggoncangkan Arasy


Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.


"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."


Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?" "Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.


"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."


Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?"


Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'


Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya." 












Thursday, 28 January 2010

~PENCARIAN~


Aku hamba yang hina,
Aku mohon pada-Nya,
Agar dikurniakan cinta,
Sedang Aku tahu,
Cinta-Nya melebihi banyaknya,
Buat diriku insan yang hina,
Kerana Dialah Malik segalanya.


Namun,
Aku tetap angkuh dan bangga,
Terus mengharap pada cinta manusia,
Ibu bapa, sahabat dan keluarga,
Sedang ianya hanya sementara,
Kerana akhirat yang kekal selamanya,
Itulah janji yang telah terbina,
Dari Pencipta segala cinta.


Kini,
Aku ingin kembali,
Pada fitrah cinta ilahi,
Mengharap redha indah duniawi,
Mengharap berkat halal rezeki,
Moga rahmat terus di sisi, 
Impian terus mekar di hati,

Mencium harum wangian Firdausi,
Moga ia menjadi realiti.




Friday, 22 January 2010

Abdullah Nyaris Disembelih...


JIKA ditakdirkan hidup seseorang itu menjadi yatim piatu, sebenarnya mereka sangat bertuah. Sekalipun keperitan begitu dirasai akibat kehilangan ibu dan bapa sehingga merasakan hidup ini seperti tiada maknanya lagi. Namun, bayangkan Nabi Muhammad SAW yang sedari kecil baginda juga telah kehilangan kedua-dua orang tua yang sangat dikasihi.

Pernahkah kita menemui kisah, Nabi SAW menghabiskan usianya dengan meratap hiba atas kehilangan kedua-dua manusia yang paling bermakna dalam hidupnya itu? Tentu sama sekali kita jarang menemui kisah sedih seperti itu.

Tetapi jika kita hayati seluruh kisah perjuangan Rasulullah, seolah-olah baginda ingin memberitahu bahawa sebagai anak yatim piatu, baginda terbukti sangat berjaya dalam hidup dan seharusnya semua anak-anak yatim juga begitu! Baginda sedia menjadi contoh atau suri teladan untuk golongan ini.

Jadi tidakkah bertuahnya mereka kerana mempunyai Rasulullah untuk mereka contohi bagi menjejak kejayaan dalam hidup? Justeru mereka ini sebenarnya merupakan yang paling mengenali Rasulullah kerana menjadikan baginda sebagai pengganti kepada ibu bapa yang telah tiada.

Dengan kata lain, jika baginda yang yatim dan piatu itu begitu berjaya mengukir nama dan sejarah, mengapa tidak bagi anak-anak yatim yang lain, mereka juga boleh berjaya sebagaimana yang dicapai oleh Rasulullah!

Begitupun kita begitu mengenali Abdullah bin Abdul Mutalib dan Siti Aminah binti Wahab sebagai orang tua yang melahirkan baginda Rasulullah ke dunia ini! Tetapi mungkin sekadar mengenali nama dan mungkin tidak pelbagai kisah yang berlaku di sebalik riwayat hidup mereka.

Datuk Nabi Muhammad, Abdul Mutalib mempunyai 10 anak lelaki, iaitu Al Harith, Al Zubayr, Abu Talib, Abdullah, Hamzah, Abu Lahab, Al Ghaydaq, Al Miqwam, Saffar dan Al Abbas. Malah dikatakan Abdul Mutalib mempunyai seorang lagi anak yang dikenali Qutham. Malah ada yang mengatakan beliau mempunyai 13 anak lelaki kesemua dengan dua lagi dikenali sebagai Abdul Kaabah dan Hajal. Namun dikatakan Abdul Kaabah merupakan nama gelaran untuk anaknya yang bernama Al Miqwam dan Hajal pula merupakan gelaran kepada Al Gaydaq. Selain anak lelaki, Abdul Mutalib mempunyai enam anak perempuan, Ummu Hakim atau Al Bayda, Barrah, Atiqah, Safiyyah, Arwa dan Umaymah.

Begitulah kayanya datuk Rasulullah ini kerana mempunyai keturunan yang ramai. Di tambah, beliau seorang yang sangat dikenali di kalangan penduduk Arab atas kemuliaan tugasnya bagi meneruskan tradisi Bani Hasyim sebagai yang bertanggungjawab memberi makan dan minum kepada mereka yang datang ke Mekah untuk mengerjakan haji.

Ini menjadikan beliau seorang yang terhormat dan ditaati serta mempunyai kedudukan yang tinggi di kalangan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam itu.

Bapa nabi, Abdullah dikatakan anak Abdul Mutalib yang terbaik. Ini kerana Abdullah adalah anak yang paling sopan, paling baik budi pekertinya sehingga begitu disayangi ramai.

Bercerita mengenai bapa Rasulullah ini, sejarah pasti sesuatu yang sangat berbeza jika peristiwa Abdullah hendak disembelih oleh bapanya sendiri akibat hendak membayar niat nazar benar-benar terjadi.

Begitupun sangat menarik untuk kita mengetahui kisah penyembelihan itu bagi menunjukkan betapa kuatnya elemen-elemen jahiliah, termasuk menggunakan anak panah sebagai menentukan nasib dalam aspek budaya dan sosial masyarakat Arab pra Islam itu.

Akibat peristiwa nazar itu, bapa Rasulullah ini turut dikenali dengan gelaran Al Dhabih (mangsa penyembelihan), iaitu akibat dari nazar yang dibuat oleh Abdul Mutalib kerana mempunyai anak-anak lelaki yang begitu beliau banggakan. Sehinggakan beliau sanggup menyembelih di sisi dinding Kaabah salah seorang anak lelakinya itu.

Sebagaimana tradisi Arab Jahiliah yang begitu berpegang kuat kepada ramalan dan tilik nasib, Abdul Mutalib juga tidak terkecuali. Beliau telah menulis nama kesemua anak lelakinya itu pada anak-anak panah dan diberikan kepada penjaga Hubal, sebuah patung berhala besar yang boleh didapati berhampiran Kaabah.

Si penjaga berhala itu juga seorang yang berfungsi sebagai yang mencabut anak-anak panah bagi menentukan nasib yang mesti dihadapi oleh mereka yang meramal menggunakan anak panah ini.

Lalu selepas menggoncang anak-anak panah itu, maka anak panah yang dipilih dan dicabut keluar mencatatkan nama Abdullah, anak yang paling disayangi oleh Abdul Mutalib.

Namun akibat niat bernazar yang kuat, Abdul Mutalib tidak ada pilihan kecuali terpaksa menyerahkan juga anak yang paling disayanginya itu untuk disembelih.

Lalu tanpa banyak berkata-kata lagi, Abdul Mutalib pun membawa Abdullah ke Kaabah dan sebilah pisau tajam yang hendak digunakan untuk menyembelih anaknya itu. Tindakan Abdul Mutalib itu benar-benar menimbulkan kegemparan di kalangan penduduk kota Mekah ketika itu.

Mereka berusaha sedaya upaya untuk menghalang Abdul Mutalib daripada meneruskan niatnya untuk menyembelih Abdullah itu. Bapa-bapa saudara Abdullah sebelah ibunya (Fatimah binti Amru bin Aidh bin Imran bin Makhzum bin Yaqzah bin Murrah) daripada kalangan Bani Makhzum dan terutamanya saudaranya Abu Talib begitu menghalang Abdul Mutalib daripada terus menyembelih Abdullah.

Tetapi Abdul Mutalib seorang yang berpegang kepada nazarnya, tetap akan meneruskan niatnya itu kecuali terdapat cadangan lain yang dapat menebus nazar tersebut.

Lalu mereka mencadangkan supaya Abdul Mutalib menemui seorang ahli tilik wanita untuk meminta nasihat daripadanya mengenai masalah nazar itu.

Wanita itu mencadangkan menuliskan nama Abdullah pada anak panah itu dengan tebusan 10 ekor unta. Jika nama yang keluar ialah nama Abdullah maka hendaklah ditambah 10 ekor unta lagi sehingga Tuhan merestuinya. Jika anak yang dicabut pula ialah unta maka hendaklah disembelih unta-unta itu.

Namun yang terjadi selepas itu, nama Abdullah yang sentiasa ‘naik’ pada cabutan sehinggalah 10 kali cabutan yang menyebabkan setiap satunya terpaksa ditambah dengan 10 ekor unta lagi. Ini menjadikan kesemuanya 100 ekor unta menjadi tebusan kepada nyawa Abdullah.

Maka terlepaslah nyawa Abdullah dengan dibayar 100 ekor unta yang kemudiannya diberi kepada orang lain tanpa halangan atau disembelih.

Sebelum ini bayaran diat di kalangan orang Arab hanya 10 ekor unta tetapi sejak peristiwa itu bayaran diat bagi nyawa manusia menjadi 100 ekor unta yang kemudiannya diterima dalam Islam.

Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda: “Aku adalah putera dua orang yang disembelih (iaitu Nabi Ismail dan bapa Baginda, Abdullah)”.

Abdul Mutalib tentu sahaja gembira dengan penebusan nyawa anaknya itu, beliau kini beroleh kembali anaknya itu daripada bakal disembelih oleh tangannya sendiri.

Sebagai meraikan anaknya itu dan kebetulan Abdullah didapati sudah sesuai untuk mendirikan rumah tangga, lalu Abdul Mutalib menjodohkan anaknya dengan Siti Aminah binti Wahb bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab menjadi isteri. Ketika itu Aminah dianggap wanita bangsa arab Quraisy yang paling mulia dari segi keturunan dan kedudukan. Bapanya ialah ketua Bani Zuhrah dari segi hubungan nasab dan kemuliaan.

Lalu berkahwinlah Abdullah dan Siti Aminah lalu mereka menetap di Kota Mekah.

Tidak lama mereka berkahwin, Abdullah bersama rombongan kafilah dagangan menuju ke Madinah bagi menjalankan perniagaan di sana. Sesetengah meriwayatkan Abdullah sebenarnya hendak menuju ke Syam tetapi di pertengahan jalan, beliau kemudiannya jatuh sakit lalu meninggal dunia berhampiran Madinah.

Jenazahnya dikebumikan di Dar al Nabighah al Ja’di dikatakan dalam usia yang sangat muda iaitu 25 tahun.

Kematian Abdullah ini dikatakan pada dua bulan sebelum keputeraan anakandanya, Rasulullah menyebabkan si anak menjadi yatim sejak dalam kandungan ibunya lagi, Siti Aminah.

Kematian Abdullah benar-benar diratapi dengan penuh sedih oleh Siti Aminah, tentunya kerana mengenangkan nasib anaknya yang tidak sempat melihat wajah si bapa.

Sambil meratap hiba itu, Aminah sempat melagukan sebuah syair pilu seperti yang tersiar dalam keluaran lalu.

Pemergian Abdullah telah meninggalkan kepada isterinya itu iaitu lima ekor unta, beberapa ekor kambing dan seorang hamba perempuan berketurunan Habsyah bernama Barakah yang digelar Ummu Ayman yang kemudiannya pernah mengasuh Rasulullah semasa Baginda masih kecil!.

- Petikan daripada Sirah Nabawiyah terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Susunan SITI AINIZA KAMSARI -



Thursday, 14 January 2010

Friday, 8 January 2010

~KHUTBAH TERAKHIR UTUSAN ALLAH~

 Bismillah..
Marilah kita sama-sama menghayati pesanan terakhir daripada Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. Moga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bertaqwa dan beriman kepadaNya serta menambahkan lagi rasa cinta kepadaNya disamping rasa cinta kepada Baginda Rasulullah..

"Wahai manusia! Dengarlah sabdaku. Aku tidak tahu, boleh jadi aku tidak akan menemui kamu selepas tahun ini di tempat ini untuk selama-lamanya. (Ramalan ini adalah antara mukjizat Rasulullah s.a.w.). 

Wahai manusia! Darah dan harta kamu mesti dihormati sehingga kamu bertemu kembali dengan Tuhan kamu. la mesti dihormati sebagaimana kehormatan hari kamu ini (Hari Arafah) dan kehormatan bulan kamu ini (bulan haram Zulhijjah). Kamu akan bertemu dengan Tuhan kamu, lalu Dia akan menyoal kamu tentang amalan-amalan kamu. Sesungguhnya aku telah menyampaikan. Sesiapa yang mempunyai amanah, hendaklah dia menunaikan amanah itu kepada pemberi amanah. Semua amalan riba dihapuskan. Namun kamu berhak memiliki modal kamu tanpa kamu menzalimi atau dizalimi. Allah telah menetapkan tiada riba (lagi diamalkan). Oleh itu, semua riba kepunyaan Abbas bin Abdul Muttolib dihapuskan. Setiap tuntutan darah pada zaman jahiliah digugurkan. Tuntutan darah pertama yang aku gugurkan ialah darah Ibnu Rabiah bin al-Harith bin Abdul Muttolib (dia disusukan oleh Bani Laith dan telah dibunuh oleh Huzail). Dia merupakan tuntutan darah jahiliah pertama yang aku mulakan pengguguran tuntutannya.

Wahai manusia! Syaitan telah berputus asa buat selama-lamanya untuk dia disembah lagi di bumi kamu ini. Namun sekiranya dia dipatuhi dalam perkara lain yang kamu anggap lekeh, ia sudah cukup untuk menyenangkan hatinya. Oleh itu, berwaspadalah terhadap agama kamu.


Wahai manusia! Perbuatan menangguh tarikh bulan-bulan haram adalah penambahan kepada kekufuran. Orang-orang kafir menyesatkan orang ramai dengan perbuatan itu. Mereka menghalalkan bulan tersebut untuk setahun dan mengharamkannya untuk setahun yang lain dengan tujuan melakukan perkara-perkara yang Allah haramkan. Justeru itu, mereka menghalalkan perkara yang diharamkan Allah dan mengharamkan perkara yang dihalalkan Allah. Waktu telah berputar sebagaimana keadaan asalnya pada hari Allah
menciptakan langit dan bumi. Bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan. Empat bulan daripadanya adalah bulan haram: tiga bulan berturut-turut dan satu lagi ialah Rajab Mudhar yang berada antara Jamadil Akhir dengan Syaaban.


Wahai manusia! Kamu mempunyai hak ke atas isteri-isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu. Hak kamu ke atas mereka ialah mereka tidak boleh membenarkan sesiapa yang kamu benci (sama ada lelaki mahupun
wanita, mahram mahupun ajnabi) memasuki rumah kamu.
Kaum Mudhar amat memuliakan bulan Rajab. Oleh kerana itu, bulan tersebut dikaitkan dengan mereka. melakukan perkara keji. Sekiranya mereka melakukannya, Allah membenarkan kamu untuk meninggalkan tidur dengan mereka dan memukul mereka dengan pukulan yang tidak keras. Sekiranya mereka berhenti daripada perbuatan-perbuatan ini, mereka berhak mendapat rezeki dan pakaian yang baik. Terimalah pesanan aku untuk berbuat baik dengan wanita ini. Mereka adalah pembantu kamu. Mereka tidak memperolehi apa-apa bagi diri mereka. Kamu mengambil mereka sebagai amanah Allah serta menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah.


Fahamilah sabdaku ini, wahai manusia! Sesungguhnya aku telah
menyampaikan. Aku telah tinggalkan kepada kamu satu perkara yang jelas,jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selamalamanya: Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. 


Wahai manusia! Dengar dan fahamilah sabdaku. Kamu tahu bahawa setiap orang Islam saudara kepada orang Islam yang lain. Sesungguhnya orang Islam bersaudara. Milik saudaranya tidak halal bagi seseorang kecuali apa yang diberikannya dengan rela hati. Oleh itujangan kamu menzalimi diri-diri kamu. Ya Allah, adakah aku telah menyampaikan?"


khutbah ini dipetik daripada kitab SIRAH NABAWIYAH DURUS WA I'BAR oleh Ad-Doktor Mustafa As-Sibaie..



Sunday, 3 January 2010

Waspada!!!

Assalamualaikum w.b.t.

     Alhamdulillah Allah masih memberi saya idea untuk mengarang walau hanya beberapa perkataan buat tatapan dan renungan semua yang melawat blog saya ni. Sesungguhnya saya juga mempunyai banyak kekurangan yang tidak dapat tidak perlu diperbetulkan. Moga orang yang sedar akan kesilapan saya dapat menegur dan memberi nasihat kepada saya. Jasa dan teguran kalian amat bermakna buat diri ini bagi memperbaiki segala kekurangan dalam meningkatkan lagi keimanan kepadaNya.

     Di sini saya ingin menegur dan menasihati sesetengah pihak yang mungkin tanpa kita sedari, kita telah melakukan kesalahan. Muhasabahlah diri masing2 atas segala perbuatan, perkataan,niat dan tindak tanduk kita dalam segala genap aspek kehidupan. Saya ada berbual dengan seorang kawan dan dia menyatakan tentang ketidakpuasan hatinya tentang seorang pelajar agama yang mana telah menulis status tentang 'ikhtilat' tetapi tidak mengetahui maksud sebenar perkataan tersebut. Isu yang agak heboh diperkatakan dan dibincangkan dalam kalangan pelajar di Jordan ini.

     Isu ini merupakan salah satu sub-topik ketika saya mengikuti program API iaitu Akses Pemikiran Islam baru2 ini di Irbid. Maaf untuk saya katakan bahawa pelajar di sini juga sebenarnya masih ada yang kurang kepahaman tentang isu ini. Mengapa saya katakan begini ialah kerana ketika saya berada di dalam 'group discussion' saya dapati kita pandai untuk bercakap dan melontarkan idea2 bernas tetapi dari segi pelaksanaan dan pemikiran atau fikrah itu sendiri masih ada sedikit ralat dan kurang jelas.

     Bukanlah niat saya di sini untuk mengkritik sesiapa tetapi sebagai hamba yang kerdil dan diberikan akal, saya hanya berfikir dan terus berfikir dan saya dapati terdapat sesetengah pihak yang terlalu syadid atau keras menentang 'ikhtilat' ini sehinggakan segala perkara tidak dapat dilakukan. Dan ada juga yang terlalu mengambil ringan sehinggakan seperti tidak ada rasa malu dan maruah lagi apabila melakukan perkara2 di dalam konteks 'ikhtilat' ini. Sesungguhnya Islam mengajar kita mengambil yang 'mutawassod' iaitu dipertengahan. Ini kerana saya dapati terdapat sesetengah golongan yang mengambil jalan untuk memutuskan pertalian persahabatan dengan berlainan jantina kerana dikatakan 'ikhtilat' sedangkan ada perkara baik yang boleh dibincangkan atau urusan yang perlu diselesaikan. Apakah perkara ini betul atau tidak?

     Menurut pandangan saya ianya bukan suatu tindakan yang bijak. Kadang2 kita boleh berkongsi pendapat dan pandangan dengan orang yang berlainan jantina. Kita semua sudah makruf dan tahu bahawasanya Allah menciptakan manusia ini pelbagai jenis dengan kemampuan dan kelebihan masing2. Cara kita berfikir juga sangatlah berbeza. Sekiranya perkara2 ilmiah juga kita tolak ketepi, adakah kita akan bangkit dan faham tentang sesuatu perkara yang bukan di dalam bidang kita?Ada orang pernah berkata "kita sesama jantina pun boleh jugak. kenape perlu gedik2 nk tnye lelaki." atau "alah...mengade2 la minah tu nk mintak tolong kat laki jugak...bukannye kwn2 perempuan tak boleh tolong." Saya ada jawapan bagi persoalan2 ini tetapi saya rase lebih baik anda2 semua berfikir sendiri sekiranya anda bersetuju dengan 'statement2' sedemikian kerana anda akan mendapat jawapannya sekiranya anda muhasabah semula kekurangan diri anda dan memahami tentang jantina anda sendiri. Dan yang paling penting anda faham tentang setiap ciptaan Allah di muka bumi ini. Keluarkan segala persoalan dan cuba anda jawab persoalan2 tersebut dan InsyaAllah anda akan lebih faham tentang apa yang sedang saya perkatakan.

     Persoalan yang selalu bermain difikiran saya sekarang ini ialah apakah yang kita faham tentang 'ikhtilat' ini??Menurut apa yang saya fahami, ikhtilat ini berasal dari kalimah atau perkataan arab 'kholato' yang membawa makna percampuran. Boleh juga kita fahami dengan kata pergaulan iaitu pergaulan atau 'social life' kita bersama semua manusia di muka bumi ini. Perkara ini diharuskan di dalam Islam kerana manusia di ajar untuk hidup bermasyarakat. Percampuran yang salah adalah apabila kita melakukan perkara2 yang ditegah di dalam Islam seperti bertepuk tampar dengan orang yang belainan jantina dengan sengaja.

    Bukanlah isu ini yang ingin saya bahaskan sebenarnya tetapi sejauh manakah kefahaman kita sebagai seorang pelajar agama dalam memahami istilah2 seperti ini. Kajilah Islam dan istilah2 ini sebelum menggunakannya supaya kita tidak akan tersalah tafsir makna2 yang dimaksudkan dan memberi kefahaman yang salah kepada orang lain sama ada mereka yang sama2 dengan kita dalam mempelajari dan memperjuangkan Islam apatah lagi yang langsung tidak ada ilmu tentang perkara2 tersebut. Saya sendiri akui susahnya bermain dengan istilah2 ini kerana saya sendiri berada dalam dunia itu. Sekiranya kita tidak memahami maksud istilah tersebut dengan sebetulnya, kita mungkin  akan terpesong dan perkara yang paling ditakuti ialah sekiranya perkara2 tersebut boleh memesongkan akidah kita atau kita memesongkan akidah orang lain. Berat dosa yang bakal ditangung sekiranya perkara seperti ini berlaku kepada kita. Maka berwaspadalah apabila menggunakan kalimah atau istilah2 di dalam agama. Semoga Allah memberikan hidayahNya dan kefahamanNya kepada kita semua supaya kita dapat memeperbetulkan segala kesilapan dan menjadi hambaNya yang bertaqwa insyaAllah.