Friday, 8 January 2010

~KHUTBAH TERAKHIR UTUSAN ALLAH~

 Bismillah..
Marilah kita sama-sama menghayati pesanan terakhir daripada Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. Moga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bertaqwa dan beriman kepadaNya serta menambahkan lagi rasa cinta kepadaNya disamping rasa cinta kepada Baginda Rasulullah..

"Wahai manusia! Dengarlah sabdaku. Aku tidak tahu, boleh jadi aku tidak akan menemui kamu selepas tahun ini di tempat ini untuk selama-lamanya. (Ramalan ini adalah antara mukjizat Rasulullah s.a.w.). 

Wahai manusia! Darah dan harta kamu mesti dihormati sehingga kamu bertemu kembali dengan Tuhan kamu. la mesti dihormati sebagaimana kehormatan hari kamu ini (Hari Arafah) dan kehormatan bulan kamu ini (bulan haram Zulhijjah). Kamu akan bertemu dengan Tuhan kamu, lalu Dia akan menyoal kamu tentang amalan-amalan kamu. Sesungguhnya aku telah menyampaikan. Sesiapa yang mempunyai amanah, hendaklah dia menunaikan amanah itu kepada pemberi amanah. Semua amalan riba dihapuskan. Namun kamu berhak memiliki modal kamu tanpa kamu menzalimi atau dizalimi. Allah telah menetapkan tiada riba (lagi diamalkan). Oleh itu, semua riba kepunyaan Abbas bin Abdul Muttolib dihapuskan. Setiap tuntutan darah pada zaman jahiliah digugurkan. Tuntutan darah pertama yang aku gugurkan ialah darah Ibnu Rabiah bin al-Harith bin Abdul Muttolib (dia disusukan oleh Bani Laith dan telah dibunuh oleh Huzail). Dia merupakan tuntutan darah jahiliah pertama yang aku mulakan pengguguran tuntutannya.

Wahai manusia! Syaitan telah berputus asa buat selama-lamanya untuk dia disembah lagi di bumi kamu ini. Namun sekiranya dia dipatuhi dalam perkara lain yang kamu anggap lekeh, ia sudah cukup untuk menyenangkan hatinya. Oleh itu, berwaspadalah terhadap agama kamu.


Wahai manusia! Perbuatan menangguh tarikh bulan-bulan haram adalah penambahan kepada kekufuran. Orang-orang kafir menyesatkan orang ramai dengan perbuatan itu. Mereka menghalalkan bulan tersebut untuk setahun dan mengharamkannya untuk setahun yang lain dengan tujuan melakukan perkara-perkara yang Allah haramkan. Justeru itu, mereka menghalalkan perkara yang diharamkan Allah dan mengharamkan perkara yang dihalalkan Allah. Waktu telah berputar sebagaimana keadaan asalnya pada hari Allah
menciptakan langit dan bumi. Bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan. Empat bulan daripadanya adalah bulan haram: tiga bulan berturut-turut dan satu lagi ialah Rajab Mudhar yang berada antara Jamadil Akhir dengan Syaaban.


Wahai manusia! Kamu mempunyai hak ke atas isteri-isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu. Hak kamu ke atas mereka ialah mereka tidak boleh membenarkan sesiapa yang kamu benci (sama ada lelaki mahupun
wanita, mahram mahupun ajnabi) memasuki rumah kamu.
Kaum Mudhar amat memuliakan bulan Rajab. Oleh kerana itu, bulan tersebut dikaitkan dengan mereka. melakukan perkara keji. Sekiranya mereka melakukannya, Allah membenarkan kamu untuk meninggalkan tidur dengan mereka dan memukul mereka dengan pukulan yang tidak keras. Sekiranya mereka berhenti daripada perbuatan-perbuatan ini, mereka berhak mendapat rezeki dan pakaian yang baik. Terimalah pesanan aku untuk berbuat baik dengan wanita ini. Mereka adalah pembantu kamu. Mereka tidak memperolehi apa-apa bagi diri mereka. Kamu mengambil mereka sebagai amanah Allah serta menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah.


Fahamilah sabdaku ini, wahai manusia! Sesungguhnya aku telah
menyampaikan. Aku telah tinggalkan kepada kamu satu perkara yang jelas,jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selamalamanya: Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. 


Wahai manusia! Dengar dan fahamilah sabdaku. Kamu tahu bahawa setiap orang Islam saudara kepada orang Islam yang lain. Sesungguhnya orang Islam bersaudara. Milik saudaranya tidak halal bagi seseorang kecuali apa yang diberikannya dengan rela hati. Oleh itujangan kamu menzalimi diri-diri kamu. Ya Allah, adakah aku telah menyampaikan?"


khutbah ini dipetik daripada kitab SIRAH NABAWIYAH DURUS WA I'BAR oleh Ad-Doktor Mustafa As-Sibaie..



1 comment:

Anonymous said...

al quran dan sunnah jd pegangan..tp knapa org masih byk pertengahkan hadis..????
al quran dah nyata dan jelas dan terang?
sunnah rasulullah terbahagi kepada empat bahagian
1)pola fikiran
2)gerak kerja
3)lisan kata
4)perjuangan.
soalan saya apa itu maksud hadis didalam bahasa melayu.
dan knpa byk ustaz2 n ulama2 ni byk membentangkan hadis...knapa x diorg bentangkan isi kandungan atau makrifat y ada ddalam al quran..padahal kewajipan mereka tu adalah menyampaikan dgn terang..sy masih keliru mngenai hadis..bgitu juga dgn mazhab...
pd pandangan saya rasulullah tlh ajarkan kita.apa yang di sampaikanya sumenya jelas..
x ade berbeza2 fahaman ataw pandangan...tp knapa skrg boleh timbulnya mazhab2 tersebut dan akhirnya mengelirukan saya.akhir sekali,semasa d madinah,rasulullah merupakan seorg pemimpin (raja).jika ikut sistem beraja maka keturunan lah yang bakal mggtikan tempat baginda apbila kewafatan baginda.justeru jika di lihat pada salasilah keturunan baginda maka saidina ali lah y pantas layak utk mgmbil alih jawatan baginda...tetapi mngapa saidina abu bakar y prtama sekali mgambil alih jawatan rasululah..