بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah setelah beberapa hari berfikir dan mencuba untuk mengisi ruang di sini berkaitan satu quote english yang tak asing lagi di pendengaran iaitu 'what u give u get back',akhirnya terlahir juga post ini. Dari quote tersebut,secara dasarnya boleh kita takrifkan makna dia sebagai setiap benda yang kita bagi akan kita dapati semula atau boleh dikatakan juga sebagai kembali kepada kita. Sebagai contohnya, Islam mengajar kita untuk bersedekah. Setiap benda yang kita sedekahkan tersebut sama ada dalam bentuk wang, tenaga, masa atau keperluan pasti akan kita dapat semula tetapi dalam bentuk bagaimana yang bakal kita terima semula itu adalah terpulang dan terserah kepada takdir ilahi. Keikhlasan kita dalam bersedekah itu pula in syaa Allah akan membuahkan keberkatan pada natijahnya.
Saya tidak memfokuskan pada pemberian harta sahaja, walhal pada pemberian tenaga, ilmu atau masa juga. Kita selalunya menganggapi ia sebagai sebuah pertolongan apabila seseorang membantu kita dalam menguruskan sesuatu. Sebagai contohnya jika seseorang membantu kita dalam mengangkat barang-barang yang berat. Tenaga dan masa yang digunakan dan dikongsi untuk kita itu merupakan sebuah pemberian daripada insan tersebut. Ini bermaksud, dia telah memberi sesuatu kepada kita. Maka, dia akan mendapat semula apa yang diberikan sama ada secara terus pada masa tersebut atau pada masa akan datang. Ini semua adalah kuasa Yang Maha Agung, Azza Wa Jalla. Subhanallah..
Pernah dulu saya baca buku yang bertajuk "The Nature of Law" yang dikarang oleh seorang penulis barat tetapi masya Allah konsep yang diberikan banyak menyokong kepada Islam. Moga Allah berikan hidayah kepadaNya untuk memahami lantas memeluk Islam. Aminn. Buku ini menceritakan tabiat semulajadi yang berlaku di dunia ini. Setiap apa yang kita lakukan akan kembali kepada kita. Jika baik amalan kita, maka akan baiklah balasan yang diterima. Tetapi jika perbuatan buruk sahaja yang menghiasi hidup kita, maka akan buruk jugalah balasan yang akan kita dapati. Balasan ini tidak difokuskan hanya pada akhirat atau akhir zaman kelak tetapi balasan di dunia ini. Mungkin balasan itu tidak terkena pada kita tetapi pada anak, adik, kakak, abang atau sesiapa sahaja yang berkait rapat dengan kita. Itu juga merupakan sebuah balasan atas perkara yang kita lakukan sebagai muhasabah cinta daripada-Nya. Daripada tabiat ini jugalah lazimnya kita mengakui bahawa Innalillahi wa inna ilaihi rajiun iaitu daripada Allah kita datang dan kepadaNya kita akan kembali.
Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 92,
لن تنالوا البر حتى تنفقوا مما تحبون وما تنفقوا من شيء فإن الله به عليم
Mafhumnya : Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui.
Kesimpulannya di sini, janganlah terlalu menyintai sesuatu sehingga kita takut untuk memberi kerana takut akan kehabisannya, tetapi ingatlah bahawa setiap apa yang ada pada kita adalah milik Allah. Dia berhak mengambil semula apa yang diberikan kepada kita sama ada secara paksa atau dengan rela hati. Semua pinjaman yang diberikan seharusnya digunakan dengan sebaiknya. Sekiranya kita mendapat pinjaman yang lebih adalah lebih baik untuk kita memberikan kepada yang memerlukannya. Tidak rugi anda berkongsi kerana ada yang lebih baik sedang menanti anda. wallahua'lam.
P/S : AWAS!!! WHAT U GIVE U GET BACK!!!
No comments:
Post a Comment