Oleh : Sammaituha Najwa
“Mungkin engkau harus mencari al-Farisi, Salman.” Sungguh engkau terselingar. Jawapan pendek Khaleed meski bernada gurau saat engkau bertanyakan perihal dirinya tersirat qimah dan pengajaran untuk engkau pahatkan dalam-dalam di jihat nubari.
Benar, jawapan pendek itu membuatkan engkau menyalin sirah Salman al-Farisi. Engkau tekun mengkaji dan menyelak episode-episod hidup Khaleed. Mahu cari kebenaran. Engkau mahu seperti al-Farisi dalam perjuangan mencari nabi.
Lalu, engkau semakin mengetahui. Khaleed terbuang dalam membebaskan tanah air sendiri. Dia kehilangan kerabat dan sahabat dalam beberapa peristiwa tragis. Abi dan uminya syahid di hadapan matanya sendiri. Menurut Khaleed, abinya ditembak dari depan, belakang, kanan dan kiri, Berhambur percikan darah merah membasahi bumi yang pernah menjadi Isra’ nabi. Uminya yang ketika itu bersembunyi bersama Khaleed dan saudara perempuannya, meluru mendapatkan abinya kerana wanginya haruman kasih isteri pada sang suami turut menerima nasib yang sama. Khaleed yang ketika itu masih anak-anak tidak mengerti akan sebuah kehilangan tidak pernah menyesali akan kehilangan yang terjadi.
Khaleed dua saudara dibesarkan oleh pakcik Umair yang ketika itu merupakan salah seorang daripada pejuang Hamas. Keberanian dan semangat jihad yang membara dalam diri pakcik Umair menumbuhkan dia dua beradik sebagai pejuang yang tidak pernah tewas pada ketakutan. Tiada langsung rasa gentar menjengah kolam hati mereka.
Namun, teduhan kasihpakcik Umair bersama isterinya makcik Abidah tidak bertahan lama. Satu malam sunyi yang renyai bercampur suatu bunyi lain menakutkan, berbelas-belas jentolak
Engkau melakar sesuatu di pasir. Mahu terus mengulang detik bersama Khaleed yang beberapa kali terakam di situ. Pawana pantai menjamah eperdemis lengan engkau yang bertelanjang. Engkau kedinginan. Baju sejuk yang engkau ikat di pinggang dikemaskan membalut tubuh.
“Di parlimen
“Mungkin sudah tiba saatnya aku kembali ke tanah air sendiri. Sudah memadai pengalaman dan kedamaian yang aku hirup di sini. Aku mencari ilmu di sini sedangkan insane-insan durjana it uterus rakus menjarah dan memamah jasad-jasad saudaraku di Ramallah, Jenin, Semenanjung Gaza dan seluruh bumi Al-Quds. Serasa dayusnya aku tidak kembali pulang, berjuang bersama-sama saudaraku di
Dan sungguh, Khaleed adalah al-Walid yang mengagung tinggi sebuah syahid. Beberapa kali dia cuba menyalin sirah Khaleed al-Walid, menggempur kubu Zionis tanpa sekelumit gentar, mengebom pusat hiburan dan pusat membeli-belah yang menjadi persinggahan si durjana-durjana Zionis, merancang strategi menumpas Yahudi. Sehingga setiap kali berhasilnya operasi Khaleed mengirim khabar ringkas; hari ini aku mengalami luka parah di kepala, hari ini aku kudung sebelah tangan. Aku fikir syahid bakal menyambutku, sayangnya ia masih segan menjemputku. Hari ini, aku tempang sebelah kaki. Namun syahid yang ku tunggu masih tidak juga muncul. Salman, apakah aku ditakdir seperti al-Walid yang begitu rindu pada tetamu yang satu itu, tetapi dijemput pergi melalui pembaringan?
Engkau kesat genang yang berjatuhan. Khaleed, benar engkau rafiq yang tidak pernah tewas. Engkau kembali merenung langit. Langit itu menjadi saksi perjuangan engkau dan Khaleed. Kalih pada laut, genang yang berjatuhan kian melebat. Engkau kutip kulit-kulit kepah yang masih belum hanyut dibawa ombak.
“Gantunglah impian dan harapan kau setinggi langit. Andai ia jatuh, tidak akan terus menyembam bumi. Sekalipun ia ditakdir jatuh biarkan tersangkut di bulan bintang.”
“Mari. Simpanlah kulit-kulit kepah ini sebagai kenangan bersama antara kita. Anggaplah ia pengganti kepada tiram yang tidak bias aku hadiahkan pada mu. Perhatikan kehidupannya yang hidup di bawah timbunan Lumpur. Di dalamnya ada mutiara berharga yang menjadi rebutan manusia.” Bicara itu terlantun dalam pertemuan akhir engkau bersama Khaleed.
Hari ini, impian dan harapan engkau tidak tersangkut di bahu bulan mahupun bintang. Ia tetap di langit setelah engkau banyak belajar erti perjuangan bersama Khaleed. Engkau telah dinobatkan sebagai mahasiswa cemerlang pertama dalam sepuluh yang tersenarai mewakili seluruh
Akhirnya Khaleed pergi sebagai seorang perindu syahid. Kereta yang dipandu bersama beberapa sahabatnya hangus terbakar akibat ledakan bom jarak jauh yang dipasang bajingan derhaka. Benar dialah Khaleed al-Walid yang menemui Tuhannya dalam kejayaan mawaddah yang teramat bersama haruman syahid yang telah lama menghuni kelongsong jiwanya. Dan engkau masih mendongak langit, memandang lautan. Mahu terus mengiktibar semangat perjuangan agar engkau bisa seperti Khaleed, menjadi pejuang yang tidak tewas selamanya.
-the end-
dipetik dari buku Antologi Cerpen dan Puisi - DALAM 10 YANG KUGELAR CINTA.
No comments:
Post a Comment