Saturday, 21 November 2009
Tabahlah Duhai Sahabat...
Bismillah saya mulakan kalam...Moga Allah sentiasa mengiringi setiap langkah dan tutur kata saya..Alhamdulillah saya dapat menjawab imtihan dengan baik hari ini...Syukur saya panjatkan pada-Nya yang membenarkan saya merasai nikmat kejayaan ini...Moga kejayaan akan terus menyusul pada masa-masa akan datang juga...Ya Allah kekalkanlah semangat dan kurniakanlah kekuatan buat hambaMu ini...Janganlah kau hanyutkan aku dengan permainan dunia...Moga setiap ilmu dan pengalaman menjadikan aku insan yang sentiasa bersyukur dan berfikir....Aminn...
Pada hari ini juga,bersamaan 21 November 2009...Disamping kegembiraan, saya mendapat berita duka daripada seorang sahabat karib bahawa ibunya dimasukkan ke hospital dan disahkan dijangkiti suatu penyakit yang mana terdapat kuman di dalam darah ibunya...Kaki ibunya tidak boleh disentuh...Bahayanya kuman ini kerana ia bergerak di dalam darah....Seperti mana yang kita semua maklum darah mengalir dalam badan kita ke setiap anggota...Ia sangat membimbangkan kerana boleh memberi kesan yang buruk pada penggunaan anggota kita...Sebelum ini,ibunya pernah dimasukkan ke dalam hospital atas sebab jantung dan beberapa penyakit lain...Moga dia diberikan kekuatan untuk menghadapi musibah ini...
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...Dengan kejauhan yang beribu batu...Anak mana yang tidak akan sedih dan bimbang...Sedih tidak dapat menjaga seorang ibu yang melahirkan...Seorang ibu yang membesarkan...Seorang ibu yang sentiasa mendakap tika kita ketakutan dan kebimbangan...Seorang ibu yang sentiasa membebel demi kebaikan kita...Yang sentiasa menegur salah silap kita....Yang membetulkan kepahaman kita...Yang sanggup melakukan segala-galanya demi kita....Pasti sedih kerana tika dia sakit kita hanya mampu mendengar dan menunggu keputusan apa yang bakal berlaku kemudiannya...Tidak dapat memegang tangannya untuk menyalurkan kekuatan padanya...Tidak dapat menciumnya untuk menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan kita padanya...Tidak dapat berada di sisinya untuk membantunya...Tidak dapat melihat dan memberikan semangat dihadapannya...Tidak dapat memeluk dan menghantar keselesaan buatnya...
Namun..ingatlah duhai sahabat...Kita sebagai org yang beriman kepada Allah harus sabar dan yakin....Kita ada senjata yang berguna iaitu doa...Doalah demi kebaikannya..Doalah moga Allah yang mengganti tempat kita untuk berada di sampingnya...Moga Allah memberikan kesihatan yang baik kepadanya semula...Moga Allah menjaga dan melindunginya....Dan moga Allah menggantikan kedukaan ini dengan kegembiraan yang berlipat ganda kelak...Yakinlah dengan Dia yang mencipta segalanya..Yang menjadikan segalanya dengan hikmah yang tersendiri...Moga akan dilimpahkan dengan ketenangan dan ketabahan yang tinggi buatmu....Tabahlah duhai sahabat...
p/s :harap semua yang membaca post saya kali ni dapat mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan ibu sahabat saya ni...moga jasa kalian ini dikira sebagai ibadah daripadaNya dan mendapat ganjaran kelak...tq..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
uwaaa..sggh menusuk kalbu dan jiwa..moga najwa snts tabah!! uwaaa..berat mata memandang,berat lg bahu yg memikul..=(
disebalik kecerian rupanya ada kesedehah yang x teringga...sye faham..tabah ekk..to kak hanis..
ketahuilah dlm firman Allah pernah menyebut..Allah tidak akn m'berati seseorg melainkn apa yg t'daya olehnya...dan ingtla wahai shbtku...setiap dugaan pasti ada hikmahnya..ku doakn hatimu sntiasa tabah mghadapinya[hanis najwa]..aminn..
tabah hadapi dugaanNYA..stiap yang berlaku pasti ada hikmahnya....=)
Post a Comment