Sunday, 29 March 2009

~You Raise Me Up~

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

There is no life - no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up: To more than I can be.

Wednesday, 18 March 2009

Nasihat Seorang Ayah ( Luqman Ul Hakim ) Kepada Anaknya

Luqman ul Hakim adalah seorang ahli hikmat pada zaman Nabi Daud as. Namanya ini diabadikan oleh Allah swt dalam Al-Quran dan dijadikan sebagai nama dari satu surah.

Luqman berkata kepada anaknya pada waktu memberi nasihat :

  1. Wahai anakku! Apabila perutmu penuh makanan ( kenyang ) maka matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu, semua anggota badan malas buat beribadah, dan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya, di mana dengan hati yang bersih dan halus akan tercapai kenikmatan bermunajat ( menghadap Allah ) dan manfaat berzikir ( ingat kepada Allah ).
  2. Wahai anakku! Jika waktu engkau kecil rajin belajar dan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, tentu kelak pada waktu dewasa ( hari tua ) akan memetik buahnya yang engkau nikmati.
  3. Wahai anakku! Ikutilah engkau dalam iringan menghantar jenazah dan jangan ikuti dalam jamuan perkahwinan keran ajanazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini, sedang perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan senang akan kehidupan dunia kelak.
  4. Wahai anakku! Aku sudah pernah memikul batu-batu besar dan mengangkat besi yang berat-berat, akan tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tenaga yang buruk perangai. Aku sudah pernah merasa segala makanan dan minuman, jamu dan ubat yang pahit-pahit, akan tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan. Dan aku sudah pernah menderita dalam macam-macam kesusahan dan kepayahan, akan tetapi belum pernah aku mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah daripada menanggung hutang.
  5. Wahai anakku! Sepanjang hidupku, aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusara para Nabi yang lalu, iaitu sabda mereka :-

    • Apabila engkau sedang solah beribadah kepada Allah swt. maka jagalah baik-baik fikiranmu.
    • Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah matamu ( pandanganmu )
    • Apabila engkau berada di majlis, maka jagalah lidahmu ( percakapanmu )
    • Apabila engkau berada di jamuan, maka jagalah perangaimu.
    • Ingatlah kepada Allah swt .
    • Ingatlah akan mati.
    • Lupakan budi baikmu terhadap orang lain.
    • Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap dirimu

Saturday, 14 March 2009

Selamat Menyambut Maulud SAW...



Marilah kita same2 mengingati sejarah dan sirah perjalanan nabi dan rasul kita Muhammad bin Abdullah SAW....
SIRAH NABI MUHAMMAD S A W

Friday, 13 March 2009

Kata-kata Hikmah Khulafa' Rasyidin

ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU berkata:

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;

2. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;

3. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;

4. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna


UMAR BIN AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU
berkata:

1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.

3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.


UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU berkata:

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

1. Hatinya selalu berniat suci

2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah

3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)

4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah

5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.


ALI BIN ABI THALIB RADHIALLHU ANHU berkata:

1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.

2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.

3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.

4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri dan hati-hati dari dosa)

5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.

7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.

8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya mati.

Thursday, 26 February 2009

Selamat Tinggal Malaysia!! Anyong....

Tepat jam 7 malam jordan iaitu 1 pagi di Malaysia...seorang sahabat yg diberi name zakwan telah pergi meninggalkan malaysia bagi menyambung pelajaran beliau dalam bidang kejuruteraan di negare Korea setelah berpenat lelah mempelajari bahase Korea di INTEC Shah Alam...Tahniah diucapkn kpd beliau..semoge berjaye dlm perjuangan yg kite semua tempuhi skrg walaupn jalan kite berbeza...semoge pemergian beliau ke sane dpt memberikn semangat yg baru kepada kite semua terutamenye ex-razian sambestari...wahai kwn2 terutamenye dak2 razi..jom kite sume doa semoge ketua kite ni selamat sampai kat sane dan meneruskan perjuangan dlm kehidupan yg banyak rintangan dan dugaan ni n tak lupe juge kite doakan semoge kite sume berjaye di dunia dan akhirat...hehe....~kte da rase da keperitan baja kat negare org ni...tp ni la pengalaman yg lain drpd korg sume yg dpt kte kongsikn bile balik nanti..tunggu ek~....semoge kite sume mendapat manfaat dan kebaikan serta hikmah drpd Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi di langit dan di bumi....aminn....

yang tgh 2 slmt blaja di bumi korea ye!! misz u all...razian.....

Saturday, 21 February 2009

jalan2 irbid...

Pd cuti yg lepas iaitu pd 22 januari 2009,sy n sahabat ziarah irbid.seingt sy tu kali ke-4 sy ke sne sjk 4 bln lbey sy dtg ke Jordan ni..But actually,slalonye sy g ats sbb2 tertntu.kire tu first time la sy g tanpa sebab munasab yg munasabah..plan ni on the spot je..kebetulan shbt2 sy dr irbid dtg ke teratak kami sekeluarga..So,saje la follow dorg blk uma n wat lawatan seirbid..mule2 smpai sne kami menuju ke tmpt penginapan yg disediakn la iaitu uma shbt jais stlh berpenat lelah dlm perjlnn selame lebih kurg 1 jam untuk berehat n tdo..

keesokannye tu kami lepak kat uma kak azimah,kak syafiqah n kaum kerabat mereka la.kami msk nasi lemak yg sedap kat sane.btol x kwn2??hehe..terime kaseh la ats perkhdmatan dapur yg diberikn..seronok dpt berjumpe n berkenalan ngan sume walopn da knal b4 dat..semoge ukhwah yg terjalin tros berkekalan n kte dpt bg manfaat sesame kte...our next destination is yarmouk university..although da pnah g sne tp tulah first time sy jln2 kat sne...seronok dpt jln kat situ sbb time tu xde org.So mcm dunia kte yg pnye la..stlh agk lame kat dlm jamiah yg cantik tu,kami pn bergerak ke balad irbid plak..cadangnye g pusing2 je..tp akhrnye fulus kluar gak..anyway sgt bersyukur la sbb fulus kua untuk bende yg bek.Semoge mndpt keberkatan drpd-Nye...

when the sun appear again the next day,we go to many historic places such as mauqi' makrikatul yarmuk(tmpt perang yarmuk),ummu qays,ajlun n jarash...In the journey,i had learn about history between islam n rom..Yarmouk was a decisive battle in islamic history.Arab historian,Al-Tabari stated there was never a battle as that of Yarmouk..the leader of the muslim was khaleed al-walid.He chased one of the main leader of Byzantine(Mahan) and killed him.As for their other leader Hercules had managed to escape to Antioch saying his famous sentence 'Farewell to Syria,for the last time'..In dis battle about 80 thousand fighters from Byzantine were killed cmpared to only around 4 thousand of muslims fighters..Thanks to our Almighty God,Allah Subhanahu Wa Taala..Al-Fatihah to our mujahidin....

Friday, 19 December 2008

keje...keje...

nie sy nk kongsi cket bnda yg comei pd pndgn sy la...

juz 4 fun kjap..hope njoy n tke bnda yg bek dlm nie....hehe..=)

tajuk die..Warna warni kehidupan di pejabat

-Ada
lelaki & ada wanita
- Ada yg pura2 rajin & ada yg bersantai
- Ada yg pengampu & ada yg pak turut

- Ada yg main games & yg tidur

-
Ada yg suka marah² & yg stress

-
Ada yg suka gosip & yg suka jln²

-
Ada yg suka merosakkan harta pejabat & ada yg suka
ulang alik ambil minum


-
Ada pujian & makian
-Ada yg ceria
& yg boring
-Tp katanya "We're a team"

-So be fun
, enjoy your time , your work & achieve the best


APA PUN JUA PERBUATAN, INGAT!!!!! KERJA ITU SATU IBADAH, ASAL JGN MEROSAKKAN PERIUK NASI ORG LAIN DEMI KEPENTINGAN DIRI SENDIRI & IKHLASKN LA DIRI KTE DLM STIAP PKRJAAN YG KTE LAKUKAN HNYA DEMI TUHAN YG ESA,ALLAH S.W.T.........

LUASNYA NERAKA ....

Assalammu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah....

Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer.. x smp 5 minit pun!!!


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


.: Luasnya Neraka :.


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,


maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman daripadanya.'

Lalu Nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan biasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas )

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibril:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang sobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk solat kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila solat
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 h as ta

mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..


SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!


Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.


Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'


* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..


DOA IKAN NUN

============


لااله الا انت سبحنك إن كنت من الظالمين...‏...

'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'...