Sunday 24 October 2010

~!! What U give U get Back !!~

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah setelah beberapa hari berfikir dan mencuba untuk mengisi ruang di sini berkaitan satu quote english yang tak asing lagi di pendengaran iaitu 'what u give u get back',akhirnya terlahir juga post ini. Dari quote tersebut,secara dasarnya boleh kita takrifkan makna dia sebagai setiap benda yang kita bagi akan kita dapati semula atau boleh dikatakan juga sebagai kembali kepada kita. Sebagai contohnya, Islam mengajar kita untuk bersedekah. Setiap benda yang kita sedekahkan tersebut sama ada dalam bentuk wang, tenaga, masa atau keperluan pasti akan kita dapat semula tetapi dalam bentuk bagaimana yang bakal kita terima semula itu adalah terpulang dan terserah kepada takdir ilahi. Keikhlasan kita dalam bersedekah itu pula in syaa Allah akan membuahkan keberkatan pada natijahnya. 

Saya tidak memfokuskan pada pemberian harta sahaja, walhal pada pemberian tenaga, ilmu atau masa juga. Kita selalunya menganggapi ia sebagai sebuah pertolongan apabila seseorang membantu kita dalam menguruskan sesuatu. Sebagai contohnya jika seseorang membantu kita dalam mengangkat barang-barang yang berat. Tenaga dan masa yang digunakan dan dikongsi untuk kita itu merupakan sebuah pemberian daripada insan tersebut. Ini bermaksud, dia telah memberi sesuatu kepada kita. Maka, dia akan mendapat semula apa yang diberikan sama ada secara terus pada masa tersebut atau pada masa akan datang. Ini semua adalah kuasa Yang Maha Agung, Azza Wa Jalla. Subhanallah..

Pernah dulu saya baca buku yang bertajuk "The Nature of Law" yang dikarang oleh seorang penulis barat tetapi masya Allah konsep yang diberikan banyak menyokong kepada Islam. Moga Allah berikan hidayah kepadaNya untuk memahami lantas memeluk Islam. Aminn. Buku ini menceritakan tabiat semulajadi yang berlaku di dunia ini. Setiap apa yang kita lakukan akan kembali kepada kita. Jika baik amalan kita, maka akan baiklah balasan yang diterima. Tetapi jika perbuatan buruk sahaja yang menghiasi hidup kita, maka akan buruk jugalah balasan yang akan kita dapati. Balasan ini tidak difokuskan hanya pada akhirat atau akhir zaman kelak tetapi balasan di dunia ini. Mungkin balasan itu tidak terkena pada kita tetapi pada anak, adik, kakak, abang atau sesiapa sahaja yang berkait rapat dengan kita. Itu juga merupakan sebuah balasan atas perkara yang kita lakukan sebagai muhasabah cinta daripada-Nya. Daripada tabiat ini jugalah lazimnya kita mengakui bahawa Innalillahi wa inna ilaihi rajiun iaitu daripada Allah kita datang dan kepadaNya kita  akan kembali.
 
Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 92,

لن تنالوا البر حتى تنفقوا مما تحبون وما تنفقوا من شيء فإن الله به عليم

Mafhumnya : Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui.

Kesimpulannya di sini, janganlah terlalu menyintai sesuatu sehingga kita takut untuk memberi kerana takut akan kehabisannya, tetapi ingatlah bahawa setiap apa yang ada pada kita adalah milik Allah. Dia berhak mengambil semula apa yang diberikan kepada kita sama ada secara paksa atau dengan rela hati. Semua pinjaman yang diberikan seharusnya digunakan dengan sebaiknya. Sekiranya kita mendapat pinjaman yang lebih adalah lebih baik untuk kita memberikan kepada yang memerlukannya. Tidak rugi anda berkongsi kerana ada yang lebih baik sedang menanti anda. wallahua'lam.
P/S : AWAS!!! WHAT U GIVE U GET BACK!!!



Monday 18 October 2010

Agungnya Tuhanku..

Bismillahhirrahmannirrahim...

Assalamualikum w.b.t.
Alhamdulillah atas segala nikmat yang masih dipinjamkan kepadaku olehNya sehingga detik ini. Tiada Tuhan yang disembah dan dipatuhi selainNya. Sehingga saat ini,telah 20 tahun aku hidup dan dalam tempoh ini jugalah telah banyak peristiwa dan perkara yang terjadi. Aku terharu dengan keajaiban dan kekuasaan yang telah ditunjukkanNya. Dan aku pasti ramai juga hamba-hambaNya yang sedang meniti kehidupan ini dalam keadaan yang sedar dan waras merasai betapa Rahman dan Rahimnya AL-Malik kita ini.
Firman dariNya :

"Demikianlah Allah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana mewahyukan kepadamu (Muhammad) dan kepada orang-orang sebelummu. Milik-Nyalah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi . Dan Dialah Yang Maha Agung, Maha Besar. Hampir saja langit itu pecah dari sebelah atasnya (kerana kebesaran Allah) dan malaikat-malaikat bertasbih memuji Tuhannya dan memohon ampunan untuk orang yang ada di bumi. Ingatlah, sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah, Allah mengawasi (perbuatan) mereka ; adapun engkau (Muhammad) bukanlah orang yang diserahi mengawasi mereka." ~ Asy-Syura : 3-6 ~


"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk dan terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir. Dialah Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Dialah Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Maha Raja Yang Mahasuci, Yang Maha Sehjahtera, Yang Menjaga Keamanan, Pemelihara Keselamatan, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Maha Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Dia Memiliki nama-nama yang indah. Apa yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepadaNya. Dan Dialah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana." ~ Al-Hasyr : 21-24 ~

Saturday 16 October 2010

Andai esok masih ada!!~~



Apabila hati terus bertanya..

Kemana harus ku lorongkan perasaan ini...

Apakah cabaran yang bakal ku tempuhi lagi..


Bilakah semua ini akan berakhir...


Adakah baik atau buruk yg bakal diperolehi...


Siapakah lagi yang dapat membantu tatkala janji itu telah
terpatri jelas...

Masihkah ada waktu untuk kembali pada-Nya tatkala sangka
kala telah datang menerpa bumi..


Masihkah ada pengharapan bilamana hanya tanah lapang yg menjadi
santapan mata..


Masihkah ada harta yg dapat memberatkan dacing kemenangan
sedang hanya dosa yang dilakukan di dunia dulu..


Wahai manusia yang masih mmpunyai akal untuk berfikir,


mata untuk melihat,


telinga untuk mendengar


mulut untuk berkata,


hati untuk merasa,


tangan untuk meraba,

kaki untuk melangkah,


dan segala nikmat pancaindera yang masih bertugas dengan
sebaiknya..


Marilah kita muhasabah semula setiap apa yang telah kita
lakukan sepanjang hayat kita..


Adakah seperti Muhammad Al-Fatih yang dapat menawan sebuah
kerajaan yang gemilang demi Islam tercinta pada usia awal 20-an..


atau hanya seorang penagih yang ketagihan dosa dan azab
daripada-Nya pada usia semuda itu..


Apakah yang telah kita sumbangkan demi sebuah perjuangan yang
telah diamanatkan buat kita..


Fikir,fikir dan teruskanlah berfikir demi masa depan yang kekal
abadi...