Saturday 20 June 2009

Unta menjadi hakim



Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan.

Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahwa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."


Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."
Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."

Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."
Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."

Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.


http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t64274.html

Tuesday 16 June 2009

PEJUANG YANG TIDAK TEWAS (2)


Oleh : Sammaituha Najwa


“Mungkin engkau harus mencari al-Farisi, Salman.” Sungguh engkau terselingar. Jawapan pendek Khaleed meski bernada gurau saat engkau bertanyakan perihal dirinya tersirat qimah dan pengajaran untuk engkau pahatkan dalam-dalam di jihat nubari.


Benar, jawapan pendek itu membuatkan engkau menyalin sirah Salman al-Farisi. Engkau tekun mengkaji dan menyelak episode-episod hidup Khaleed. Mahu cari kebenaran. Engkau mahu seperti al-Farisi dalam perjuangan mencari nabi.


Lalu, engkau semakin mengetahui. Khaleed terbuang dalam membebaskan tanah air sendiri. Dia kehilangan kerabat dan sahabat dalam beberapa peristiwa tragis. Abi dan uminya syahid di hadapan matanya sendiri. Menurut Khaleed, abinya ditembak dari depan, belakang, kanan dan kiri, Berhambur percikan darah merah membasahi bumi yang pernah menjadi Isra’ nabi. Uminya yang ketika itu bersembunyi bersama Khaleed dan saudara perempuannya, meluru mendapatkan abinya kerana wanginya haruman kasih isteri pada sang suami turut menerima nasib yang sama. Khaleed yang ketika itu masih anak-anak tidak mengerti akan sebuah kehilangan tidak pernah menyesali akan kehilangan yang terjadi.


Khaleed dua saudara dibesarkan oleh pakcik Umair yang ketika itu merupakan salah seorang daripada pejuang Hamas. Keberanian dan semangat jihad yang membara dalam diri pakcik Umair menumbuhkan dia dua beradik sebagai pejuang yang tidak pernah tewas pada ketakutan. Tiada langsung rasa gentar menjengah kolam hati mereka.


Namun, teduhan kasihpakcik Umair bersama isterinya makcik Abidah tidak bertahan lama. Satu malam sunyi yang renyai bercampur suatu bunyi lain menakutkan, berbelas-belas jentolak Israel dan kereta perisai merobohkan kediaman perkampungan Rafah. Sedang Khaleed dan saudaranya hanya bisa memerhati dari kejauhan askar-askar Israel meruntuhkan satu-persatu kediaman di situ. Apabila hari mula cerah, Khaleed menangisi pemergian serentak pakcik Umair dan makcik Abidah yang digilis sebuah kereta perisai yang berkeliaran di pelosok Rafah. Kelakiannya menyimpan luka yang sangat perit ketika saudara perempuannya beberapa kali rebah melihatkan darah yang berlanyau, cebis-cebis daging yang bertabur berbaur dengan otak yang berlambak dari salah seorang pakcik dan makciknya.


Engkau melakar sesuatu di pasir. Mahu terus mengulang detik bersama Khaleed yang beberapa kali terakam di situ. Pawana pantai menjamah eperdemis lengan engkau yang bertelanjang. Engkau kedinginan. Baju sejuk yang engkau ikat di pinggang dikemaskan membalut tubuh.


“Di parlimen Israel, ada tergantung peta Negara Raya Israel yang memanjang dari Sungai Nil ke Sungai Furat. Ertinya termasuklah Mesir dan Iraq. Semuanya mereka rencanakan dalam konferensi Zionis pertama di Switzerland pada 1987 di bawah kendalian Theodore Hertzl. Bumi anbiya’ akan bakal dinodai sekalipun aku masih di sini.” Engkau lihat bola mata Khaleed sayup memandang. Ada getar di hujung bicaranya hari itu. Jari telunjuknya dihalakan pada pasir yang membentuk suatu objek.


“Mungkin sudah tiba saatnya aku kembali ke tanah air sendiri. Sudah memadai pengalaman dan kedamaian yang aku hirup di sini. Aku mencari ilmu di sini sedangkan insane-insan durjana it uterus rakus menjarah dan memamah jasad-jasad saudaraku di Ramallah, Jenin, Semenanjung Gaza dan seluruh bumi Al-Quds. Serasa dayusnya aku tidak kembali pulang, berjuang bersama-sama saudaraku di sana. Membenarkan kezaliman zionis yang bertebar liar di bumi Al-Quds samalah seperti aku melarikan diri dari medan peperangan.” Engkau mengerti gejolak syahid yang telah lama tumbuh di jiwa Khaleed. Pengusiran berpuluh-puluh penduduk Palestin yang sampai ke pengetahuannya kelmarin membuatkan dia jadi begitu. Katanya, cukuplah dia dihalau atas tuduhan cuba memporak-perandakan perjanjian damai PLO yang ketika itu diketuai Yaseer Arafat. Mereka yang teraniyai harus segera dibela agar Yahudi laknatullah itu mengerti yang mereka tidak sewenangnya boleh sesuka hati memperlakukan kemuliaan Al-Quds.


Dan sungguh, Khaleed adalah al-Walid yang mengagung tinggi sebuah syahid. Beberapa kali dia cuba menyalin sirah Khaleed al-Walid, menggempur kubu Zionis tanpa sekelumit gentar, mengebom pusat hiburan dan pusat membeli-belah yang menjadi persinggahan si durjana-durjana Zionis, merancang strategi menumpas Yahudi. Sehingga setiap kali berhasilnya operasi Khaleed mengirim khabar ringkas; hari ini aku mengalami luka parah di kepala, hari ini aku kudung sebelah tangan. Aku fikir syahid bakal menyambutku, sayangnya ia masih segan menjemputku. Hari ini, aku tempang sebelah kaki. Namun syahid yang ku tunggu masih tidak juga muncul. Salman, apakah aku ditakdir seperti al-Walid yang begitu rindu pada tetamu yang satu itu, tetapi dijemput pergi melalui pembaringan?


Engkau kesat genang yang berjatuhan. Khaleed, benar engkau rafiq yang tidak pernah tewas. Engkau kembali merenung langit. Langit itu menjadi saksi perjuangan engkau dan Khaleed. Kalih pada laut, genang yang berjatuhan kian melebat. Engkau kutip kulit-kulit kepah yang masih belum hanyut dibawa ombak.

“Gantunglah impian dan harapan kau setinggi langit. Andai ia jatuh, tidak akan terus menyembam bumi. Sekalipun ia ditakdir jatuh biarkan tersangkut di bulan bintang.”


“Mari. Simpanlah kulit-kulit kepah ini sebagai kenangan bersama antara kita. Anggaplah ia pengganti kepada tiram yang tidak bias aku hadiahkan pada mu. Perhatikan kehidupannya yang hidup di bawah timbunan Lumpur. Di dalamnya ada mutiara berharga yang menjadi rebutan manusia.” Bicara itu terlantun dalam pertemuan akhir engkau bersama Khaleed.


Hari ini, impian dan harapan engkau tidak tersangkut di bahu bulan mahupun bintang. Ia tetap di langit setelah engkau banyak belajar erti perjuangan bersama Khaleed. Engkau telah dinobatkan sebagai mahasiswa cemerlang pertama dalam sepuluh yang tersenarai mewakili seluruh Malaysia. Namun, persahabatan dan Khaleed telah berakhir dengan kiriman pesanan ringkas saudara perempuannya dinihari tadi.


Akhirnya Khaleed pergi sebagai seorang perindu syahid. Kereta yang dipandu bersama beberapa sahabatnya hangus terbakar akibat ledakan bom jarak jauh yang dipasang bajingan derhaka. Benar dialah Khaleed al-Walid yang menemui Tuhannya dalam kejayaan mawaddah yang teramat bersama haruman syahid yang telah lama menghuni kelongsong jiwanya. Dan engkau masih mendongak langit, memandang lautan. Mahu terus mengiktibar semangat perjuangan agar engkau bisa seperti Khaleed, menjadi pejuang yang tidak tewas selamanya.


-the end-

dipetik dari buku Antologi Cerpen dan Puisi - DALAM 10 YANG KUGELAR CINTA.

Monday 15 June 2009

PEJUANG YANG TIDAK TEWAS (1)

oleh : Sammaituha Najwa


Engkau masih berada di gigi air. Debur ombak menghempas pantai yang sesekali memercik pada wajah tidak engkau endahkan. Buih-buih ombak menyapa sopan kaki engkau yang tidak beralas. Tracksuit bertulisan Antioni sudah basah mencecah lutut. Engkau masih mahu memetia samudera lautan terbentang dan langit tinggi yang terhampar. Seluas lautan engkau pernah menyulam impian dan harapan. Setinggi langit engkau gantung erti sebuah perjuangan.


Menggantung tinggi erti sebuah perjuangan? Engkau mendongak memandang langit yang kebiru-biruan. Waktu engkau hamper tersungkur menyembam bumi, langit itu menyedarkan bahawa engkau tidak keseorangan dan lautan itulah yang patuh merakam segala detik pertemuan engkau bersama khaleed. Rafiq dan rijal sejati yang mngajar erti perjuangan.


Engkau merenung laut dan langit silih. Khaleed, engkau rindukan persahabatan singkat beberapa tahun bersamanya. Ah, rijal itu sekelumit kalimah putus asa tidak pernah dibiarkan menghuni relung hati dan jiwanya. Dia pejuang agama yang tidak pernah tewas.


Persahabatan engkau bersama Khaleed hanya berangka tiga tahun. Meskipun begitu, akrab kemesraan yang terjalin melangkau usia sebenar perkenalan. Engkau kenal Khaleed ketika bertandang mencari angin damai kota pantai setelah keputusan akhir peperiksaan tahun dua pengajian hampir meranapkan impian dan harapan engkau sebagai khadam khazanah pengetahuan.


Ketika engkau ralit melayan gundah yang membelenggu, Khaleed menghulur ukhwah. Hati dan jiwa engkau yang ketika itu bernafas songsang amat memerlukan teman menyambut dingin ukhwah yang bakal terbina.


“Pada langit, kau akan temui kebesaran. Pada langit, kau tidak akan keseorangan dan pada langit akan kau ketahui tinggi nilai sebuah perjuangan.” Engkau memandang langit. Suatu ketika dahulu, pengajaran itu terlantun dari bibir Khaleed saat mula berkenalan. Khaleed yang ketika itu hampir seminggu memerhati tingkah gusar engkau di pantai menyapa. Khaleed mahu mengajar engkau erti tidak berputus asa. Khaleed yang mahu mengajar engkau akan hakikat sebuah perjuangan.


Engkau cenung wajah kemerah-merahan Khaleed yang dihias seulas senyuman. Duga engkau, tentu Khaleed rijal daripada benua Rusia berdasar wajah, ketinggian, tubuh badan dan warna rambut yang agak keperangan. Engkau cuba memahami maksud kata Khaleed yang terlantun. Dalam hati, engkau mengeluh berat. Mana mungkin kau fahami apa yang sedang aku alami.


“Aku mengenali engkau sebelum pertemuan ini lagi.” Engkau kaget metah. Ada bingung berpeta pada wajah, sedang Khaleed masih pemurah menghadiah senyuman.


“Kita dalam satu Fakulti di Al-Azhar. Aku seperti engkau. Ke mari mencari damai ciptaan Tuhan. Bezanya, hanya ini tahun pertama aku mengulang.” Engkau mengumbar keluhan, melerai asakan yang berombak di dada cuba mengingat kalau-kalau Khaleed pernah engkau temui di dewan pengajian. Sistem pengajian Azhar yang tidak mengambil kira kehadiran sering membuatkan engkau jarang mengenali teman sekuliah. Sementelah engkau juga mengalami pengurangan mata pelajaran kerana mengulang sesi pengajian berbanding siswa yang lain.


“Engkau cemas kerana rezeki esok hari, tetapi siapa dapat menjamin datangnya hari esok? Engkau bersedih kerana yang terjadi kelmarin, tetapi siapa yang mampu mengembalikan hari kelmarin?” Khaleed menebak. Ringkas diksi yang terlantun, namun tujahannya terasa menikam dada.


“Maksud engkau?”


“Perhatikan laut dan langit yang menjadi destinasi kita hari ini. Lihatlah musibah yang datang dari sudut yang paling memberikan harapan. Bergembiralah dengan pahala yang akan engkau peroleh darinya. Aku mengerti akan keperitan yang bermukim di jiwa mu.”


“Perhatikan langit itu.” Khaleed menuding jari ke arah langit. Sesekali bola matanya menyeluruhi engkau yang kaku berdiri.


“Ajaib bukan, ia dijadikan tanpa ada yang mengikat dan menggantungnya. Tekal begitu memayungi semesta tanpa perlu ada yang menyendal. Aku hairan, apabila manusia lebih mengagumi pyramid Besar Kufu dan Sphinx yang romping hidungnya tetapi kabur pada langit yang tidak berpasak. Di sebalik langit itu ada ketentuan qada’ dan qadar yang kita imani. Dongaklah kepala mu ke atas. Di sana, ada Dia yang Maha Mengetahui akan hikmah sesuatu kejadian dan ada penduduk langit yang mendoakan manusia yang redha dengan ujian.”


“Aku telah berusaha yang terbaik. Malah, aku korbankan segala-galanya untuk peperiksaan yang lalu” Engkau telan genang yang mula mahu berjatuhan mengenang jerih payah yang telah engkau lakukan demi sebuah kejayaan.


“Kesilapan engkau meletakkan usaha sebagai tonggak utama dalam berjuang. Kau lupa yang usaha bukan segala-galanya. Perjuangan engkau melalui usaha mengatasi keyakinan engkau kepada pencipta yang mencipta natijah sebuah kejayaan perjuangan itu sendiri.” Khaleed menyitir sirah perjuangan Rasulullah bersama para sahabat dalam peperangan Badar untuk engkau teladani. Katanya, jumlah seteru yang jauh lebih besar daripada tentera muslimin yang ketika itu hanya 303 orang membuktikan bahawa keyakinan dan pengharapan yang tinggi terhadap Dia yang di langit mampu menatijahkan sebuah kejayaan hebat terhadap sebuah perjuangan.


Engkau terkesima. Memang. Memang engkau akui kebenaran kata Khaleed. Engkau lupa pada Dia yang menentukan takdir kehidupan. Engkau lupa bahawa manusia beriman diduga melalui kepayahan. Akhirnya genang yang tertahan jatuh menginsafi kebenaran sebuah perjuangan. Ombak rimas yang mengasak dada mula surut dan pawana mesra mula berpuput di relung hati dan jiwa engkau.


Kaki engkau yang tidak beralas tiba-tiba terasa sakit. Ingatan engkau pada Khaleed bubar. Engkau terjingkit menahan sakit. Engkau terpijak cangkerang umang-umang. Di hujung buih ombak engkau lihat beberapa umang-umang dan kulit-kulit kepah hanyut dibawa ombak yang menghakis pasir.


Engkau melabuh punggung kental di pesisir. Kaki yang masih sakit tidak engkau endahkan. Engkau masih mahu mengenang Khaleed yang hatinya sesuci embun pagi, mahmudahnya seluas lautan biru, kasihnya pada engkau seindah jalur pelangi dan perjuangannya setinggi langit.


“Manusia biasa memijak duri sekali dalam hidupnya. Tetapi manusia yang beriman akan memijak duri sepanjang hayatnya.” Engkau senyum kelat mengingat kata-kata Khaleed.


Pertemuan pertama engkau bersama Khaleed tidak berakhir setakat itu. Apabila sesi baru pengajian bermula, engkau menjadi karib dengan Khaleed. Kemesraan erat terjalin apabila engkau dan Khaleed sama-sama berjaya ke tahun berikutnya. Dalam waktu yang sama engkau dan Khaleed turut tersenarai sebagai penerima biasiswa daripada jabatan universiti atas keputusan peperiksaan yang agak membanggakan.


Engkau dan Khaleed turut terpilih menghuni asrama khusus untuk penerima biasiswa selama dua tahun. Tempoh dua tahun itu membuatkan engkau kian mengenali hati dan budi Khaleed. Sungguh, dia pejuang yang tidak pernah putus asa dan tewas.


Engkau terpanggung kepala, terbelalak mata apabila mengetahui siapa diri Khaleed yang sebenar. Dia pejuang Al-Quds yang diusir dari tanah kelahiran sendiri. Itu ceritera yang singgah di cuping telinga engkau. Ah, engkau terlalu ralit mengejar impian dan cita-cita hingga terabai rafik terakrab itu siapa.


to be continued...


dipetik dari buku Antologi Cerpen dan Puisi - DALAM 10 YANG KUGELAR CINTA.


Sunday 14 June 2009

Taubat Sahabat Nabi


Abu Sufyan bin Haris

Abdurrahman bin Sabit meriwayatkan, bahawa Sufyan bin Haris adalah saudara sesusuan Rasulullah SAW dari seorang wanita yang sama iaitu Halimah As-Sa’diyah. Di samping itu dia pun sudah sangat biasa bergaul dengan Rasulullah SAW kerana dia memang sebaya dengan baginda.

Ketika baginda diutus oleh Allah SWT sebagai Rasul-Nya, maka Abu Sufyan pun memusuhinya dengan permusuhan yang tidak pernah dilakukan oleh seseorang terhadap diri baginda. Dia menyerang Rasulullah SAW begitu juga dengan sahabat-sahabatnya. Bahkan selama dua puluh tahun dia menjadi musuh Rasulullah SAW saling serang menyerang dengan kaum Muslimin.

Dalam setiap kali peperangan yang dilakukan oleh orang kafir Quraisy dengan kaum Muslimin, Abu Sufyan bin Haris tidak pernah ketinggalan, sehingga akhirnya Allah SWT berkenan memasukkan sinar Islam dalam lubuk hatinya. Abu Sufyan bin Haris berkata: “Siapakah yang akan menjadi temanku, sedangkan kehadiran Islam semakin hari semakin kukuh?” Selepas itu ia menemui isteri dan anak-anaknya, lalu ia berkata: “Wahai isteri dan anak-anakku, bersiap-siaplah untuk keluar, kerana Muhammad tidak lagi akan datang!”

Anak-anak dan isterinya menjawab: “Sepatutnya telah terlalu awal lagi engkau menyedari, bahawa orang-orang Arab bahkan begitu juga orang-orang di luar bangsa Arab telah mengikutinya, sedangkan kamu sendiri masih tetap memusuhinya. Sepatutnya engkaulah orang yang pertama sekali membantunya!”

Kepada pelayannya Abu Sufyan memerintahkan: “Cepat bawa kemari unta dan kuda!”

Setelah unta dan kuda disiapkan, Abu Sufyan bersama dengan isteri dan anak-anaknya pun berangkat, hingga akhirnya mereka sampai di Abwa’, sedangkan pasukan pertama Rasulullah SAW sudah terlebih dahulu sampai di kota itu. Maka Abu Sufyan pun menyamar kerana takut di bunuh oleh pasukan Rasulullah SAW dan hanya berjalan kaki kira-kira satu batu perjalanan.

Pada waktu itu pasukan Rasulullah SAW sudah mulai datang membanjiri kota Abwa’. Maka Abu Sufyan pun menyingkir kerana merasa takut dengan sahabat-sahabat baginda. Ketika Rasulullah SAW sudah mulai kelihatan yang sedang diiringi oleh para rombongan, Abu Sufyan pun segera berdiri di hadapannya. Ketika baginda melihatnya, ia langsung memalingkan mukanya ke arah lain. Abu Sufyan pun berpindah tempat ke arah baginda memalingkan muka. Namun baginda tetap terus memalingkan mukanya ke arah yang lain pula.

Dalam hati Abu Sufyan berkata: “Sebelum aku sampai kepadanya, mungkin aku akan mati terbunuh, akan tetapi aku ingat akan kebaikan dan kasih sayangnya, justeru itulah rasa harapan masih tetap ada dalam hatiku. Dari semenjak dulu lagi aku berkeyakinan, bahawa Rasulullah berserta para sahabatnya akan sangat bergembira bila aku masuk Islam, kerana adanya tali persaudaraanku dengan baginda.”

Melihat Rasulullah SAW berpaling dari Abu Sufyan, maka kaum Muslimin pun berpaling darinya. Dia melihat putera Abu Quhafah iaitu Abu Bakar Siddik pun berpaling darinya. Abu Sufyan memandang ke arah Umar yang sedang bangkit amarahnya, dalam keadaan marah Umar berkata: “Wahai musuh Allah, kamu adalah orang yang selalu menyakiti Rasulullah SAW dan para sahabatnya! Bahkan permusuhanmu itu terhadap umat Islam telah diketahui orang baik yang berada di belahan dunia Timur mahupun Barat!”

Mendengar ungkapan dari Umar tersebut, maka Abu Sufyan berusaha untuk membela dirinya. Akan tetapi usahanya itu tidak berhasil, kerana Umar meninggikan suaranya dan Abu Sufyan merasakan pada saat itu bahawa dirinya sudah terkepung oleh hutan belukar manusia yang merasa gembira atas apa yang terjadi pada dirinya.

Dalam keadaan demikian Abu Sufyan berkata: “Wahai bapa saudaraku Abbas, dulu aku pernah datang ke rumahmu serta berharap bahawa Rasulullah SAW akan merasa bergembira jika aku masuk Islam, kerana antara diriku dengan dirinya ada pertalian saudara, di samping itu kami keduanya dari kalangan keluarga terhormat. Akan tetapi kenyataan sebagaimana yang engkau saksikan sendiri wahai bapa saudaraku, mereka seakan-akan tidak mahu menerima kehadiranku! Untuk itu aku bermohon kepadamu wahai bapa saudaraku, supaya engkau berkenan mengajak Muhammad berunding mengenai diriku, sehingga ia redha terhadapku!”

Bapa saudaranya menjawab: “Tidak, demi Allah, setelah aku menyaksikan semuanya ini, sepatah katapun aku tidak mahu berunding dengannya, kecuali jika ada alasan yang lebih kuat!”

Abu Sufyan bertanya: “Wahai bapa saudaraku, dengan siapa lagi aku harus mengadu?”

“Pergilah kamu mengadu ke sana,” jawab bapa saudaranya.

Kemudian Abu Sufyan menemui Ali bin Abi Talib serta mengajaknya berbicara. Akan tetapi jawapan yang diberikan oleh Ali sama saja dengan jawapan bapa saudaranya Abbas. Sehingga akhirnya ia terpaksa lagi pergi kepada bapa saudaranya Abbas serta memohon kepadanya: “Aku mohon kepadamu wahai bapa saudaraku, sudilah kiranya engkau mencegah orang-orang mencaci makiku.”

Abbas bertanya: “Siapa sebenarnya orang yang mencaci makimu itu?”
Abu Sufyan menjelaskan ciri-ciri orangnya: “Dia adalah orang yang berkulit kuning langsat, tubuhnya agak pendek, gemuk dan di antara kedua matanya terdapat bekas luka.

Abbas menjawab: “Dia adalah Nu’aiman bin Haris An-Najjari.”

Maka Bapa saudaranya Abbas pun menemuinya dan berkata: “Wahai Nu’aiman, Abu Sufyan adalah anak dari bapa saudara Rasulullah SAW dan dia juga anak saudaraku sendiri, walaupun Rasulullah SAW kelihatan tidak menyukainya. Akan tetapi aku yakin, bahawa masih ada harapan baginya untuk mendapatkan keredhaan Rasulullah SAW. Oleh kerana itu aku memohon kepadamu supaya kamu berhenti dari mencaci makinya.

Mendengar ungkapannya dari Abbas itu maka Nu’aiman berkata: “Baiklah, aku tidak akan mengganggunya lagi.”

Pada waktu itu Abu Sufyan sungguh merasa menderita, kerana tidak ada seorang pun yang mahu menegurnya. Walaupun demikian dia tetap berusaha, setiap kali Rasulullah SAW singgah di sebuah rumah, ia tetap berada di depan pintu rumah tersebut. Namun Rasulullah SAW tetap tidak pernah melihatnya dan memalingkan wajah dari dirinya. Walaupun dalam keadaan demikian, dia terus tetap berusaha untuk mendapatkan keredhaan dari Rasulullah SAW, sehingga akhirnya dia menyaksikan sendiri Rasulullah SAW bersama dengan pasukan kaum Muslimin lainnya menakluki kota Makkah.

Abu Sufyan tetap terus berada dekat kuda yang ditunggangi oleh Rasulullah SAW sehingga akhirnya baginda singgah di Abtah. Pada saat itu Rasulullah SAW memandang Abu Sufyan dengan pandangan yang agak lembut dari sebelumnya, dan Abu Sufyan mengharapkan mudah-mudahan Rasulullah mahu senyum kepadanya.

Beberapa kaum wanita dari bani Abdul Mutalib datang menemui baginda yang diikuti oleh isteri Abu Sufyan. Setelah itu Rasulullah SAW pergi ke masjid, Abu Sufyan pun tetap setia mengikuti baginda dan tidak sedikitpun ingin berpisah dengannya.

Akhirnya Rasulullah SAW berangkat menuju Hawazin dan Abu Sufyan pun masih tetap mengikutinya. Pada waktu terjadinya peperangan melawan musuh, maka Abu Sufyan pun segera memacu kudanya dengan sebilah pedang yang terhunus, dan ia bertekad, untuk menebus dosa-dosanya selama ini, tidak ada jalan lain kecuali ia harus mati dalam memperjuangkan agama Allah.

Melihat keadaan demikian, kepada Rasulullah Abbas bapa saudara Abu Sufyan bin Haris berkata: “Wahai Rasulullah, aku bermohon supaya engkau berkenan meredhainya.”

Rasulullah SAW bersabda: “Aku telah meredhainya dan Allah pun telah berkenan mengampunkan segala kesalahannya dan segala bentuk permusuhan yang dilakukannya kepadaku selama ini.”

Mendengar ungkapan Rasulullah demikian, maka Abu Sufyan pun segera mencium kaki Rasulullah yang pada saat itu sedang menunggang kudanya. Maka pada saat itu Rasulullah SAW menoleh ke arah Abu Sufyan dan bersabda: “Engkau adalah benar-benar saudaraku!”

Selepas itu Rasulullah SAW memerintahkan kepada Abbas agar memerintahkan kepada seluruh pasukan perang supaya maju ke medan perang dengan kata-kata: “Majulah kamu dan binasakanlah musuh-musuh itu.”

Kerana telah mendapat perintah dari Rasulullah SAW, maka Abu Sufyan segera melaksanakan tugasnya. Cuma dengan hanya sekali serangan saja, para tentera musuh berlari kucar kacir. Mereka tidak berani membalas serangan tersebut, sehingga akhirnya Abu Sufyan berhasil mengejar mereka dan tentera musuh lari sejauh tiga batu perjalanan.

Demikianlah Abu Sufyan, semenjak dia masuk ke dalam Islam, ia sentiasa taat beribadah kepada Allah SWT bahkan dalam suatu riwayat pula dikatakan, bahawa Abu Sufyah tidak pernah mengangkat kepalanya apabila ia berada di depan Rasulullah SAW. Begitu juga pada waktu ajal akan menjemputnya ia berpesan: “Jangan engkau menangisi aku, kerana semenjak aku masuk Islam, aku tidak pernah berbuat dosa.”

Setelah Rasulullah SAW meninggal dunia, Abu Sufyan bin Haris selalu menangisi dan meratapinya dengan syairnya:

Aku tidak dapat tidur dan malam pun susah berakhir
Malam bagi orang yang ditimpa bencana akan lama rasanya.
Tangisanku membuatkan aku bahagia
Sesungguhnya musibah yang menimpa kaum Muslimin itu tidaklah seberapa
Betapa besar dan beratnya cubaan ini
pada waktu mendengar berita bahawa Rasulullah sudah tiada
Bumi tempat tinggal kita inipun ikut serta menderita
sehingga terasa miring segala sudutnya.
Telah terputuslah wahyu Al-Quran dari kita
di mana dahulu malaikat Jibril selalu datang membawanya.
Dialah Nabi yang telah melenyapkan syak wasangka kita
dengan wahyu yang diturunkan kepadanya dan sabdanya
Bagindalah yang telah menunjuki kita
sehingga kita tidak perlu bimbang dan terpedaya
Rasulullah selalu siap memberikan petunjuknya kepada kita
Fatimah, jika kamu bersedih meratapinya, hal yang demikian itu dapat kami mengerti.
Akan tetapi jika engkau tidak bersedih, itulah jalan yang baik yang telah ditunjukkannya.
Makam ayahku adalah makam dari setiap makam
kerana di dalamnya bersemayam seorang Rasul
tuan bagi seluruh manusia.

http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t64274.html

Wednesday 10 June 2009

Ukhwah Fillah Yang Diselewengkan

Alhamdulillah, pada cuti kali ini, dapat saya khatamkan satu buku yang berjudul 'puteriku'. Terima kasih diucapkan kepada orang yang memberi buku tersebut kerana banyak info dan pengetahuan serta pandangan-pandangan dapat saya ketahui dan ambil hasil daripada pembacaan tersebut. Semoga Allah membalasnya dengan ganjaran yang lebih baik. Di sini suka untuk saya berkongsi satu artikel daripada buku tersebut yang mungkin dapat memberi manfaat kepada semua. Semoga ilmu yang kita perolehi diberkati Allah..





"sesungguhnya mukmin itu bersaudara"[Al-Hujurat :10]

"Tidak beriman seseorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya"(riwayat Bukhari).

Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dan hadis diatas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya.

Perkataan 'ukhwah' yang bermakna 'persaudaraan' sering dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini. Kisah2 para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi muslim zaman moden. Inilah amalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah sejak kebangkitan islam di tahun 70'an lagi.

Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pedukung gerakan Islam semenjak 3 dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hedonisme pesat menular dan bersaing.

Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia. Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam atau Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi dilihat hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan 'ukhwah'.

Cinta Remaja Dakwah

Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai banyak peluang yang menarik untuk bercampur denagn para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta.

Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di'islamik'kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "cinta ukhwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana-anta dan ana-anti".

Sms,Yahoo Messenger, emel dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda yang lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung. Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kurus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa.

Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti berpersatuan sering menjadi medan pelepas rindu.Alahai....kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini. Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara.

Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak.Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat.Wal i'yazubillah....

Salah Faham Ukhwah Fillah

Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar SMS, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut. Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "ukhwah fillah kekal abadi..". sekali lagi makna ukhwah fillah di salah gunakan.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga. Sekali lagi slogan "ukhwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan dengan mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan 'trend' percintaan golongan anta-anti ini. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhwah fillah" menjadi "camouflage" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbaiah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka....ini yang paling menarik. Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang muslimah menghiasi dekstop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya,beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah 'kawan'nya. yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "ukhwah fillah membawa ke Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda-mudi masa kini?Ataupun Fiqh Islami juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa.
wallahua'lam..

(Majalah I edisi Februari 05)



Tuesday 9 June 2009

Different between Love and Like

Different between Love and Like...Is it true or false??

In front of the person you love, your heart beats faster,

But in front of the person you like, you get happy.

In front of the person you love, winter seems like spring,

But in front of the person you like,winter is just beautiful.

If you look into the eyes of the one you love, you blush,

But if you look into the eyes of the one you like, you smile.

In front of the person you love, you can't say everything on your mind,

But in front of the person you like, you can.

In front of the person you love, you tend to get shy,

But in front of the person you like, you can show your own self.

You can't look straight into the eyes of the one you love,

But you can always smile into the eyes of the one you like.

When the one you love is crying, you cry with them,

But when the one you like is crying, you end up comforting.

The feeling of love starts from the eye,

But the feeling of like starts from the ear.

So if you stop liking a person you used to like, all you need to do is cover your ears. ...But if you try to close your eyes, love turns into a drop of tear and remains in your heart forever.


Judge it whom you love and whom you like !!!!!!!!!



Sunday 7 June 2009

CANTIKNYA SEORANG MUSLIMAH


Anda ingin lebih cantik dan menarik???


Jadikanlah ghaddhul bashar (menundukkan pandangan)

sebagai “hiasan mata” anda, nescaya akan semakin bening

dan jernih.


Oleskan “lipstick kejujuran” pada bibir anda,

nescaya akan semakin manis.


Gunakanlah “pemerah pipi” anda dengan kosmetik yang diperbuat daripada

rasa malu yang dibuat di salon iman.


Pakailah “sabun istighfar” yang

menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.


Rawatlah rambut anda dengan “selendang islami”

yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.


Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu’ dan

jari-jari anda dengan cincin ukhuwah.


Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung “kesucian”.


Bedakilah wajah anda dengan “air wudhu”

nescaya akan bercahaya dia khirat kelak.



dipetik daripada buku puteriku...



Wednesday 3 June 2009

Tagged kak marwa...

salam...
maaf ye kak marwa sbb bru berpeluang membalas...hihi....

senaraikan 5 hadiah yang anda impikan
rasanya sekarang ni hadiah yang paling saya impikan is my family kot...kangen banget nak ketemu dorang..but anyway,this is my choice gak kan..so i have to be tough and patient a little bit more...and lagi 1 yang diimpikan is dapat naikkn muaddal..kalo la doktor bace blog ni,mmg mengharapkan dapat mumtaz la walaupun cam tipis je harapan tu..huhu..chaiyok2 nazirah for the next semester!!!(kuatkan smgt blk..hehe..)

5 alasan terhadap pilihan tersebut
i think cam tak perlu bagi alasan ape2 pn untuk hadiah tu...because semua yang baca pun tahu the reason right???huhu....

5 impresi terhadap orang yang anda minat
seorang yang hebat kerana dapat bersabar dengan segala kedegilan dan kenakalan kami..sentiasa bagi galakan and sampaikn ilmu yang berguna..and seorang yang penyayang....=)

5 perkara hebat anda pernah lakukan
tak pernah rase ape yang di buat tu sesuatu yang hebat sebab banyak kekurangan dalam diri yang perlu dibetolkan...(bole diterime tak jawapan macam ni??huhu...)

5 ciptaan yang paling disukai(tak semestinye teknologi)
pemandangan yang menenangkan hati...ciptaan yang bile dipandang menyejukkan mata dan hati...yang boleh mendatangkan kedamaian dalam diri...and kitab2 yang banyak...

5 perkara yang dibenci
waktu diri rasa macam berkurangan je amalan2 baik...hilang sabar and rasa nak marah(tp rarely la)...tu je kot...

5 orang yang hendak anda tagged
takde sape la dlm kepala ni yang nak di tagged..sape2 yang terbace post ni and rase cam nak wat dialu-alukan la..but bgtaw la saya..bole saya bace jwpn2 anda nnti...heee~

Monday 1 June 2009

One More Down...

Assalamualikum semua...
setelah hmpir 2 minggu lebih tak post kerana ke'busy'an dengan kitab2 dan kamus yg tebal,akhrnya dapat saya siapkan 1 post yang baru..



Alhamdulillah tanggal 31 Mei 2009 pada jam 12.50 tgh hari merupakan hari terakhir saya menjalani imtihan nihaie bagi semester ni..Alhamdulillah syukur yang tidak terkata kerana diberi ingatan yang baik untuk mengingati and dapat menjawab setiap soalan dengan hati yang tenang..Doakan muaddal yang bakal di terima juga menyenangkan hati dan dapat memberikan kebahagiaan kepada saya dan keluarga..

Di sini saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kakak saya yang telah berjaya menempuhi imtihannya malahan lebih awal beberapa hari daripada saya.Semoga usaha yang dicurahkan selama beberapa bulan dapat kita aplikasikan untuk agama kita yang tercinta ini..Semoge kita sama2 mendapat natijah yang mumtaz pada imtihan kali ini serta mendapat keberkatan drpd-Nye...

And to all my friend yang still not finished their exam, hope all of u can answer the exam well especially kawan2 yang same2 terbang ke sini with me in a same flight and same scholar(if zakat can be categorized as scholar)like hanis,mizah,anisa,kak umi and all of u la...Lets pray that Allah will always help us and give us courage to live our life..and also success in our study...~tapi rasenya macam terpost lambat sikit je post ni.So, mereka pun da habis exam la but still we have to pray for the result right..=)..~

One more thing, I would like to thank to all my friend yang always help me in my studies for this sem especially kawan2 arab yang sudi mensyarahkan segala isi dan info2 yang berguna for my madah..Thank you very much..Semoga Allah membalas budi baik kalian semua..~walaupun tahu je korg bukan tau pUn bahasa melayu kn.So, tak tahu la ni untuk sape yang bace..~anyway,ni je la penghargaan yang dapat saya bagi.huhu..And tak lupa, syukran juga kepada kakak saya dan hanis yang pernah menjadi translator saya..and semua la yang pernah berjasa kepada saya...terima kasih banyak2 ye..hihi...




p/s : macam ucapan orang khirij pulak kn.hehe..btw,wish me luck for my becoming semester k..=D